Wednesday, 27 June 2012

PROGRAM PEMANTAPAN KEMAHIRAN KAUNSELING TAHAP 1


Jawatankuasa AKRAB JUPEM Terengganu telah menganjurkan Program Pemantapan Kemahiran Kaunseling Tahap 1 (PPKK 1) dngan kerjasama NRE pada 12 hb hingga 15 hb Jun 2012 bertempat di D' Ambang Resort, Pekan, Pahang. Program ini telah dihadiri oleh 43 peserta terdiri daripada 33 kkitangan JUPEM Terengganu, 5 kakitangan JUPE Pahang dan 5 kakitangan JUPEM Kelantan.
Tujuan program ini ialah bagi memberikan pendedahan mengenai kaunseling dalam Perkhidmatan Awam. PPKK ini juga adalah merupakan satu pra-syarat bagi proses mentauliahkan kakitangan awam sebagai ahli AKRAB.
Majlis Penyampaian sijil dan penutup telah disempurnakan oleh Pengarah Ukur dan Pemetaan Negeri Pahang Sr Abdul Aziz bin Hj. Jantan.

 















Thursday, 21 June 2012

KISAH TUKANG KAYU

Suatu ketika ada seorang tukang kayu yang sangat berdedikasi....
Ketekunan dan dedikasinya beliau bekerja telah menghasilkan banyak reka bentuk rumah yang cantik dan sangat indah...Setelah bertahun-tahun bekerja....
Suatu hari timbul keinginan beliau untuk berehat dan berhenti dari menjadi tukang kayu...
Hasrat hati Si Tukang kayu untuk 'pencen' itu telah disampaikan kepada majikannya.Mendengarkan itu, majikan beliau merasa sedih dek kerana akan kehilangan seorang pekerja yang sangat rajin dan tekun dalam bekerja...
Tetapi sebelum melepaskan Si Tukang Kayu pergi, dia berharap satu hajatnya akan dipenuhi oleh pekerjanya itu... Si majikan meminta Tukang Kayu untuk menghasilkan satu projek terakhirnya....Beliau meminta agar dibinakan sebuah rumah...
Tukang Kayu berada dalam keadaan dilema..kerana hatinya begitu teruja untuk berhenti kerja...Mengenangkan majikannya seorang yang baik dan beliau sendiri telah terhutang budi, maka Tukang Kayu itu menyanggupi tugas yang diberi kepadanya..
Maka bermulalah proses membina rumah tersebut..Bekerjalah Si Tukang Kayu dalam keadaan separuh hati tidak seperti sebelumnya...Dibinanya rumah itu dari kayu-kayu yang tidak berkualiti...Setelah beberapa lama akhirnya rumah itu siap...Tetapi hasil kali ini tidaklah secantik hasil tukangannya yang terdahulu.Banyak kekurangan dan cacat celanya pada rumah tersebut kerana ia terbina hasil kerja separuh hati...
Si Tukang Kayu akhirnya berjumpa buat kali terakhir dengan majikannya
lalu menyerahkan kunci rumah yang telah disiapkan...
Tetapi majikannya tidak mahu mengambil kunci tersebut....
kerana katanya rumah itu ingin diberikan kepada si Tukang Kayu sebagai hadiah dan penghargaan atas perkhidmatannya selama ini...

Alangkah terkejutnya Tukang Kayu bila mengetahui hal itu.....
Timbul perasaan kesal yang tidak terhingga kerana membina rumah tersebut di atas sikap sambil lewa dan semberono..Sedangkan sepanjang kerjayanya, Si Tukang Kayu biasanya menghasikan kerja yang begitu berkualiti.Andai Tukang Kayu tahu rumah tersebut mahu dihadiahkan kepadanya tentulah dia akan membinanya secantik mungkin..Bahkan mungkin inilah rumah yang paling indah dalam banyak-banyak rumah yang telah dibinanya.....

Moral Cerita : Kuncinya adalah keikhlasan.... keikhlasan merupakan elemen yang sangat penting dalam setiap amal juga pekerjaan yang kita lakukan....

VOICE OUT PROGRAM -

'Voice out program' merupakan program yang memberi peluang kepada kakitangan sokongan II untuk meluahkan pandangan dan cadangan di hadapan pengurusan jabatan.

Program ini telah diadakan diadakan sebanyak tiga kali iaitu:-
1. Program Pengucapan Awam pada 1 Januari 2012 di JUD Terengganu Tengah.
2. Bengkel Pengukuhan dan Pemantapan Pasukan Kerjaluar pada 14 Februari 2012 di JUD Terengganu Selatan.
3.  Program Pengucapan Awam pada 28 April di JUD Terengganu Utara.

Di dalam program ini kakitangan diberi pendedahan untuk membuat pengucapan awam dan juga kaedah melaksanakan branstorming .


 Peserta menyediakan bahan untk pembentangan


Pembentangan oleh peserta (Pekerja Awam R1)